Friday, October 29, 2010

BERSYUKURLAH KERANA ANDA DILAHIRKAN DLM BERAGAMA ISLAM DAN JAGALAH ISLAM DAN IMAN YG ANDA MILIKI ..

Aku telah diperkenalkan dgn seorg saudara baru bernama Angelin Khoo seorg berbangsa cina. Tujuan aku diperkenalkan padanya kerana sahabatku akan berkahwin dan akan mengikut suaminya ke Sabah. Aku diamanahkan untuk mengajarnya cara2 mendirikan solat dan hukum hakam  sekadar yg aku tahu.
Hari pertama aku bertemu dan berbual denganya aku amat
Kagum dengan kesungguhan dan pengorbanan yg terpaksa ia lakukan. Katanya ia masuk islam secara sembunyi2 dari keluarganya kerana ayahnya amat marah andai tahu ia masuk agama Islam. Ayahnya pernah mengatakan bahawa ia akan tembak kalau sesiapa yg berani masuk agama Islam. Dia bernasib baik kerana ibunya  tidak marah malah ibunyalah yg telah menyiapkan makan sahur
Kerana kebetulan waktu tu dlm bulan Ramadhan.
Untuk ke pejabat ia terpaksa menyembunyikan baju kurung ke dlm beg untuk dipakai setelah sampai ke pejabat. Ini adalah untuk mengelakan drp ayahnya mengesyaki sesuatu. Hari pertama aku mengajarnya solat aku amat kagum dgn kesungguhanya untuk melakukan kaifiat solat serta bersusah payah menyebut bacaan2 dlm solat. Waktu itu aku merasakan betapa beruntungnya aku yg telah dilahirkan sbg seorang Islam.
Aku juga merasa sgt beruntung mempunyai ibu bapa yg amat menitikberatkan tentang soal2 ibadat terutamanya solat.
Perhubungan kami tidak lama kerana setelah aku berkahwin aku telah mengikut suamiku berpindah ke utara tanah air. Aku lihat dia amat sedih dgn perpisahan ini. Aku memberinya semangat dan berjanji akan selalu menghubunginya melalui surat.
Oleh kerana aku asyik berpindah rumah sebelum mendapat quarters aku hanya memberinya alamat kampong.
Oleh kerana aku jarang pulang ke kampong, rupa2nya dia ada mengirimkan aku surat. Suratnya segera aku balas dengan menyuruh suami tolong poskan. Oleh kerana waktu itu aku begitu sebuk dgn putera puteriku aku lupa bahawa sudah lama aku tidak menerima berita darinya. Surat yg aku suruh suamiku poskan pun tidak mendapat balasan darinya.
Akhirnya setelah 11 thn tinggal di utara tanah air sekali lagi suamiku ditukarkan ke Klang. Sewaktu mengemas aku terjumpa surat yg aku suruh suamiku poskan 11 thn yg lalu. Patutlah aku tidak menerima balasan darinya. Aku sedih sgt dgn apa yg berlaku. Aku sedih kerana mengabaikan seorg saudara baru yg amat memerlukanku sbg tempat bergantung. Aku hanya mendoakan semuga saudarku bertemu dengan orang yg benar2 dpt membimbingnya .Aku juga berdoa semuga Allah akan mempertemukan aku dgnya satu hari nanti kalau tidak di dunia mungkin di akhirat.
Kepada semua saudaraku bersyukurlah dgn Islam yg kita miliki kerana saudara kita yg lain terpaksa berkorban jiwa raga untuk mengamalkan Islam. Jaga dan pelihara serta amalkan sungguh2 apa yg kita miliki kerana Allah tidak akan memasukan sesaorg itu ke dlm syurga hanya kerana bangsa atau nama yg berlainan melainkan kita dimasukan ke syurga dgn IMAN dan AMALAN kita. Jgn fakir kita berbangsa melayu dan beragama Islam , kita akan terus dimasukkan ke syurga sedangkan amalan kita sama seperti org yg bukan Islam. Marilah sama2 kita renung dan fikirkan. Wallahualam.










PERNAHKAH ANDA?

Pernahkah anda ditipu oleh org yg anda kenali atau tidak anda kenali? Pernahkah anda difitnah, diherdik dihina, dicaci ,dimaki atau diaibkan? Pernahkah hak anda tidak diberikan secara adil? Pernahkah anda tertekan dgn apa yg berlaku? Apa yg anda lakukan?
Bagi yg pernah mengalaminya tentu anda merasa amat sedih , kecewa , kecil hati, marah dan macam2 perasaan lagi. Bagi org yg boleh membalas segala tomahan dan cercaan tersebut  mungkin merasa puas hati ,sekurang2nya dpt membalas segala kata nista tersebut.
Bagi anda yg tidak dpt membalas kata nista ,fitnah, cercaan dan sebagainya, jgnlah anda merasa sedih kerana Allah berjanji akan memberi pahala diats kesabaran anda. Bagi org yg melakukan segala  fitnah,cercaan dan penghinaan kpd org lain ,anda jgn ingat anda boleh terlepas dari dosa yg anda lakukan.
Mari kita lihat Firman Allah di dlm surah Ali-Imran : 1-2. Dgn menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Alif Laam Miim, Allah – tidak ada Tuhan melainkan Dia Yg HidupKekal lagi sentiasa berdiri sendiri.
Dan tunduklah semua muka (dgn berendah diri) kpd Tuhan Yg Hidup Kekal lagi sentiasa mengurus makhluknya .Dan sesungguhnya tlh merugilah org yg melakukan kezaliman . Dan barangsiapa mengerjakan amal2 yg soleh dan dia dlm keaadaan beriman ,maka ia tidak khuatir akan perlakuan yg tidak adil (terhadapnya)dan tidak pula akan pengurangan haknya.
Bagi anda yg amat tertekan dgn apa yg berlaku banyaklah membaca doa ini.Hasbiyallahulaillahu a’lai hitawakkal wahuwarabbul a’rsyil azim. Bermaksud “Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kpdNya aku bertawakkal , dan Dia adalah Tuhan yg memiliki ‘arasy yg agung.”  Mudah2an kita diberi kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi segala ujian kerana kita yakin  Allah Maha Melihat dan Maha Mendengar.
Wallahualam.
 

RAHSIA BACAAN DAN GERAKAN SOLAT


1. Niat sebelum mendirikan solat , memelihara taubat kita      dunia dan akhirat.

2.Berdiri dgn lurus ‘ kelebihanya adalah apabila kita meninggal dunia ia dpt meluaskan tempa kita didalam kubur.

3. Takbirtul ihram , ia sbg pelita yg menerangi kita di dalam kubur.

4. Surah al-Fatihah ia adalah pakaian kita yg indah2 di dalam kubur.

5. Rukuk ia sbg tikar kita di dlm kubur.

6. Iktidal akan memberi minuman dari telaga al-Kausar ketika didlm kubur.

7.Sujud ia memagar kita ketika menyeberangi titian Siratulmustaqim.

8.Duduk antara dua sujud awal menaungi panji2 nabi di dlm kubur.

9.Duduk antara dua sujd akhir menjadi kenderaan ketika kita di Padang  Mahsyar.

10. Tahayat akhir akan menjawab setiap soalan munkar nankir di dlm kubur.

11. Selawat kpd nabi , sbg pendinding api neraka di dalam kubur.

12. Memberi salam memelihara kita di dlm kubur.

13. Tertib kita akan bertemu Allah SNW.

(Dipetik dari buku Solat dan keajaibannya)

DLM KUMPULAN MANAKAH KITA?

“Pada hari perhitungan semua akan dkumpulkan dan dhadapkan beberapa soalan kpd mereka. Yang pertama Siapakah yg memuji Allah pd waktu senang dan susah ? Sekumpulan manusia bangun lalu masuk ke syurga tanpa hisab, Yg kedua siapakah yg meninggalkan tpt tidurnya dan menghabiskan waktu mlmnya dgn menyembah Allah? Lagi sekumpulan manusia bangun dan terus masuk ke syurga tanpa hisab.Yg ketiga siapakah org2 yg perniagaanya tidak menghalangnya mengingati Allah? Lagi sekumpulan manusia pula bangun lalu masuk ke syurga tanpa hisab. Selepas ketiga-tiga kumpulan ini pergi barulah dadakan perhitungan bagi manusia yg lain.