Friday, October 29, 2010

PERNAHKAH ANDA?

Pernahkah anda ditipu oleh org yg anda kenali atau tidak anda kenali? Pernahkah anda difitnah, diherdik dihina, dicaci ,dimaki atau diaibkan? Pernahkah hak anda tidak diberikan secara adil? Pernahkah anda tertekan dgn apa yg berlaku? Apa yg anda lakukan?
Bagi yg pernah mengalaminya tentu anda merasa amat sedih , kecewa , kecil hati, marah dan macam2 perasaan lagi. Bagi org yg boleh membalas segala tomahan dan cercaan tersebut  mungkin merasa puas hati ,sekurang2nya dpt membalas segala kata nista tersebut.
Bagi anda yg tidak dpt membalas kata nista ,fitnah, cercaan dan sebagainya, jgnlah anda merasa sedih kerana Allah berjanji akan memberi pahala diats kesabaran anda. Bagi org yg melakukan segala  fitnah,cercaan dan penghinaan kpd org lain ,anda jgn ingat anda boleh terlepas dari dosa yg anda lakukan.
Mari kita lihat Firman Allah di dlm surah Ali-Imran : 1-2. Dgn menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Alif Laam Miim, Allah – tidak ada Tuhan melainkan Dia Yg HidupKekal lagi sentiasa berdiri sendiri.
Dan tunduklah semua muka (dgn berendah diri) kpd Tuhan Yg Hidup Kekal lagi sentiasa mengurus makhluknya .Dan sesungguhnya tlh merugilah org yg melakukan kezaliman . Dan barangsiapa mengerjakan amal2 yg soleh dan dia dlm keaadaan beriman ,maka ia tidak khuatir akan perlakuan yg tidak adil (terhadapnya)dan tidak pula akan pengurangan haknya.
Bagi anda yg amat tertekan dgn apa yg berlaku banyaklah membaca doa ini.Hasbiyallahulaillahu a’lai hitawakkal wahuwarabbul a’rsyil azim. Bermaksud “Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kpdNya aku bertawakkal , dan Dia adalah Tuhan yg memiliki ‘arasy yg agung.”  Mudah2an kita diberi kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi segala ujian kerana kita yakin  Allah Maha Melihat dan Maha Mendengar.
Wallahualam.
 

No comments:

Post a Comment