Friday, October 29, 2010

BERSYUKURLAH KERANA ANDA DILAHIRKAN DLM BERAGAMA ISLAM DAN JAGALAH ISLAM DAN IMAN YG ANDA MILIKI ..

Aku telah diperkenalkan dgn seorg saudara baru bernama Angelin Khoo seorg berbangsa cina. Tujuan aku diperkenalkan padanya kerana sahabatku akan berkahwin dan akan mengikut suaminya ke Sabah. Aku diamanahkan untuk mengajarnya cara2 mendirikan solat dan hukum hakam  sekadar yg aku tahu.
Hari pertama aku bertemu dan berbual denganya aku amat
Kagum dengan kesungguhan dan pengorbanan yg terpaksa ia lakukan. Katanya ia masuk islam secara sembunyi2 dari keluarganya kerana ayahnya amat marah andai tahu ia masuk agama Islam. Ayahnya pernah mengatakan bahawa ia akan tembak kalau sesiapa yg berani masuk agama Islam. Dia bernasib baik kerana ibunya  tidak marah malah ibunyalah yg telah menyiapkan makan sahur
Kerana kebetulan waktu tu dlm bulan Ramadhan.
Untuk ke pejabat ia terpaksa menyembunyikan baju kurung ke dlm beg untuk dipakai setelah sampai ke pejabat. Ini adalah untuk mengelakan drp ayahnya mengesyaki sesuatu. Hari pertama aku mengajarnya solat aku amat kagum dgn kesungguhanya untuk melakukan kaifiat solat serta bersusah payah menyebut bacaan2 dlm solat. Waktu itu aku merasakan betapa beruntungnya aku yg telah dilahirkan sbg seorang Islam.
Aku juga merasa sgt beruntung mempunyai ibu bapa yg amat menitikberatkan tentang soal2 ibadat terutamanya solat.
Perhubungan kami tidak lama kerana setelah aku berkahwin aku telah mengikut suamiku berpindah ke utara tanah air. Aku lihat dia amat sedih dgn perpisahan ini. Aku memberinya semangat dan berjanji akan selalu menghubunginya melalui surat.
Oleh kerana aku asyik berpindah rumah sebelum mendapat quarters aku hanya memberinya alamat kampong.
Oleh kerana aku jarang pulang ke kampong, rupa2nya dia ada mengirimkan aku surat. Suratnya segera aku balas dengan menyuruh suami tolong poskan. Oleh kerana waktu itu aku begitu sebuk dgn putera puteriku aku lupa bahawa sudah lama aku tidak menerima berita darinya. Surat yg aku suruh suamiku poskan pun tidak mendapat balasan darinya.
Akhirnya setelah 11 thn tinggal di utara tanah air sekali lagi suamiku ditukarkan ke Klang. Sewaktu mengemas aku terjumpa surat yg aku suruh suamiku poskan 11 thn yg lalu. Patutlah aku tidak menerima balasan darinya. Aku sedih sgt dgn apa yg berlaku. Aku sedih kerana mengabaikan seorg saudara baru yg amat memerlukanku sbg tempat bergantung. Aku hanya mendoakan semuga saudarku bertemu dengan orang yg benar2 dpt membimbingnya .Aku juga berdoa semuga Allah akan mempertemukan aku dgnya satu hari nanti kalau tidak di dunia mungkin di akhirat.
Kepada semua saudaraku bersyukurlah dgn Islam yg kita miliki kerana saudara kita yg lain terpaksa berkorban jiwa raga untuk mengamalkan Islam. Jaga dan pelihara serta amalkan sungguh2 apa yg kita miliki kerana Allah tidak akan memasukan sesaorg itu ke dlm syurga hanya kerana bangsa atau nama yg berlainan melainkan kita dimasukan ke syurga dgn IMAN dan AMALAN kita. Jgn fakir kita berbangsa melayu dan beragama Islam , kita akan terus dimasukkan ke syurga sedangkan amalan kita sama seperti org yg bukan Islam. Marilah sama2 kita renung dan fikirkan. Wallahualam.










No comments:

Post a Comment